






Malaysia Webhosting, Domain & Website Design
Ungkapan Bistari - "Indahnya dunia hanya sementara, Indahnya kehidupan hanya seketika, Indahnya mimpi Kadang-kadang tak pasti, tetapi indahnya persahabatan sukar dicari ganti"
Artikel Berkaitan Perihal Affiliate.












Affiliate merupakan satu kaedah pemasaran di dalam dunia perniagaan internet yang berkesan. Apakah affiliate? Affiliate adalah dimana,anda membawa seseorang (pelayar Internet) ke suatu website dan mereka ini membeli produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh website tersebut ataupun mereka ini 'sign-up' untuk sesuatu di website tersebut, maka anda dibayar komisyen apabila seseorang pelayar internet itu membeli barangan tersebut melalui link anda. Mudah bukan?
Atau dengan lebih jelasnya begini.
Program Affiliate adalah suatu program perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk/perkhidmatan. Anda akan dibayar komisyen jika berjaya 'menghantar' seseorang pelanggan ke syarikat tersebut sama ada secara online (Internet) ataupun offline.
Affiliate bolehlah dikatakan seperti 'broker' atau orang tengah yang terlibat didalam perniagaan konvensional yang biasa kita temui.
Dari semasa ke semasa saya akan jelaskan bagaimana affiliate menjana pendapatan di dalam perniagaan online ini. Saya juga akan perkenalkan kepada membaca tentang affiliate yang sesuai untuk kita sertai.
p/s: Jangan risau tau....affiliate ni percuma je nak di sertainya ;)


